Sayangi & cintailah diri & keluarga anda
Thursday, 12 December 2013
Kos rawatan anak sakit jantung
Pasangan rayu bantu kos rawatan anak sakit jantung
PENDANG
16 Sept. - Sepasang suami isteri dari Kampung Rambai Padang, Bukit Raya
dekat sini, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan
susulan anak bongsu mereka berusia dua tahun yang menghidap sakit
jantung berlubang dan mempunyai masalah pada injap jantung.
Mohd.
Rashid Ismail, 42, dan isteri Sharifah Ahmad, 31, ketika ini terpaksa
berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan anak mereka
Adam Haris, di Institut Jantung Negara (IJN).
Mohd.
Rashid berkata, anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos
RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti
kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Namun,
IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki
selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri
berkenaan.
"Bukan
itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN
setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu.
Temu janji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya
batalkan disebabkan kesempitan hidup," katanya ketika ditemui di
rumahnya hari ini.
"Pendapatan
saya sebagai pekerja kedai besi di kampung sekitar RM30 sehari tidak
cukup untuk membiayai kos rawatan itu, memandangkan saya terpaksa
menanggung tiga lagi anak yang berusia enam hingga 12 tahun yang masih
bersekolah," katanya.
Sementara
itu, Sharifah berkata beliau bimbang tahap kesihatan Adam Haris merosot
jika rawatan susulan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan
kerana anaknya perlu menjalani rawatan untuk suatu tempoh agak panjang
dan tidak diketahui bila proses rawatan itu akan berakhir.
"Dengan
pendapatan suami saya yang tidak seberapa, kami terpaksa berhutang
dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan dan kos perjalanan ke
sana (IJN).
"Saya
berharap dengan bantuan orang ramai, kami boleh menghantar anak ke IJN
bagi membolehkannya menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain
yang sebaya dengannya," katanya.
Selain
itu, anak ketiga pasangan berkenaan, Erna Harnani, 6, pula mengalami
masalah mudah letih sejak berusia lima tahun dan perlu menjalani rawatan
di klinik berdekatan setiap kali menghadapi masalah tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)