Thursday, 12 December 2013

Sayangi & cintailah diri & keluarga anda

mari kita renung-renungkan......




Sebenarnya, apa yang berlaku kepada Encik Abdul Rahman Rejab, 57 tahun, adalah satu cerita atau kisah yang saya selalu gunakan dalam sales presentation saya. Ada prospect yang saya jumpa atau client yang saya jumpa tak nak amik insurance atau takaful disebabkan oleh "Saya ada duit dalam bank beratus ribu, kalau untuk bayar kos rawatan saya, saya tak de masalah...memang saya dah bersedia...."...itu respond yang saya pernah terima, tapi hakikatnya...kalau anda teliti kisah Encik Abdul Rahman nie, gaji beliau kena suspend dalam bank (sebab apa? Perkara nak berlaku kekadang tak de signal, terus berlaku)...masa tu le jugak document hilang entah ke mana, sebab dok kalut apabila tetiba ditimpa musibah...

Lihat sendiri, apa akibatnya, nak keluarkan duit sendiri pun tak boleh, walau pun anak yang keluarkan...jadi, dalam keadaan begini, pernahkah anda terfikir, beliau tak mampu nak bergerak, hanya mampu mengelipkan mata...kalau ia boleh berlaku kepada orang lain, ia jugak boleh berlaku kepada kita. Jadi, saya ingin mengajak semua pembaca arktikel ini, merenung sejenak, sekiranya kes ini berlaku, instrument kewangan mana yang paling efisen yang kita boleh harapkan?...

Bank?...KWSP?....baca sendiri keratan akhbar yang saya attached nie, anak beliau nak keluarkan duit pun tak boleh, dan bank takkan release semudah itu, ada procedure yang perlu di lalui dan kalau pihak ketiga nak keluarkan duit direct dari account, memang takkan boleh, kecuali ada ATM card, itu pun kalau tau no pin, kalau no pin pun tak tau, macam mana nak berkomunikasi dengan orang yang hanya mampu mengelip mata?...Berbalik kepada soalan saya, instrument apa?...tidak lain dan tidak bukan adalah INSURANCE atau TAKAFUL....

Kalau kita simpan dalam bank, lumpuh seperti Encik Abdul Rahman nie, hanya kita yang boleh keluarkan duit, tapi kalau Insurance/Takaful...lumpuh macam nie, duit akan dibayar oleh pihak insurance/takaful kepada waris yang memerlukan untuk teruskan kehidupan dan menanggung kos rawatan perubatan....FAST, IMMEDIATE and GUARANTEED....itu sahaja yang mampu saya katakan....memang mekanisma insurance/takaful dicipta sedemikian rupa, bukan seperti bank, ASB atau Tabung Haji....

Jadi, kalau ada sesiapa yang mempunyai pemikiran bahawa simpan duit dibank untuk tujuan emergency atau sakit, pada saya adalah tindakan kurang bijak...simpan sebahagian duit tersebut di insurance/takaful yang comprehensive (complete semua ada)....dan sebahagian lagi simpan le di bank, Unit Trust atau laburkan mengikut kehendak masing2.

Maklumat telah disampaikan, banyak dah artikel seperti ini keluar di surat khabar, terpulang ke atas kita untuk bertindak....ambil tahu product insurance/takaful yang ada sekarang....anda sign up atau tidak, itu soal no. 8...kenapa solan no. 8?....sebab ada 7 persoalan lagi yang anda perlu tahu dan fahamkan baru lah anda decide. Apa 7 soalan tersebut...

1- Kenapa Anda PERLU perlindungan TAKAFUL?

*Soalan ke-2 hingga 5

Apa yang insurance boleh bantu untuk risiko ini?

2- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

3- Sakit Kritikal

4- Kemalangan (Mati atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

5- Simpanan Berterusan

Kos rawatan anak sakit jantung

Pasangan rayu bantu kos rawatan anak sakit jantung

MOHD. Rashid Ismail menunjukkan parut pembedahan pada dada Adam Haris semasa ditemui di rumahnya di Kampung Rambai Padang, Bukit Raya, Pendang, semalam. - BERNAMA


PENDANG 16 Sept. - Sepasang suami isteri dari Kampung Rambai Padang, Bukit Raya dekat sini, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan susulan anak bongsu mereka berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai masalah pada injap jantung.
Mohd. Rashid Ismail, 42, dan isteri Sharifah Ahmad, 31, ketika ini terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan anak mereka Adam Haris, di Institut Jantung Negara (IJN).
Mohd. Rashid berkata, anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Namun, IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri berkenaan.
"Bukan itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu. Temu janji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya batalkan disebabkan kesempitan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
"Pendapatan saya sebagai pekerja kedai besi di kampung sekitar RM30 sehari tidak cukup untuk membiayai kos rawatan itu, memandangkan saya terpaksa menanggung tiga lagi anak yang berusia enam hingga 12 tahun yang masih bersekolah," katanya.
Sementara itu, Sharifah berkata beliau bimbang tahap kesihatan Adam Haris merosot jika rawatan susulan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan kerana anaknya perlu menjalani rawatan untuk suatu tempoh agak panjang dan tidak diketahui bila proses rawatan itu akan berakhir.
"Dengan pendapatan suami saya yang tidak seberapa, kami terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan dan kos perjalanan ke sana (IJN).
"Saya berharap dengan bantuan orang ramai, kami boleh menghantar anak ke IJN bagi membolehkannya menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya," katanya.
Selain itu, anak ketiga pasangan berkenaan, Erna Harnani, 6, pula mengalami masalah mudah letih sejak berusia lima tahun dan perlu menjalani rawatan di klinik berdekatan setiap kali menghadapi masalah tersebut.

Thursday, 28 November 2013

Penyakit tidur tiba-tiba

Penyakit tidur tiba-tiba Penyakit narkolepsi boleh menyebabkan penghidap tertidur tanpa mengira situasi.
Ketika memandu dan berhenti di lampu isyarat, Liza, 20, secara tiba-tiba tertidur. Apabila sedar, dia dapati dirinya dikelilingi orang ramai yang menyangka dia pengsan.

Liza sendiri bingung bagaimana dia boleh terlena selama 15 minit, sedangkan sudah mendapat rehat dan tidur yang cukup.
Akhir-akhir ini, Liza asyik tertidur pada waktu siang, walaupun tidak mengalami masalah tidur waktu malam. Pernah ketika mengemas rumah, dia tertidur sehingga dikejutkan suami.


Malah, ketika sedang berbaris panjang untuk mengeluarkan duit di mesin juruwang automatik (ATM), dia tertidur dan tersedar selepas dikejutkan.

Akhirnya, Liza bertemu pakar neurologi dan didiagnosis menghidap narkolepsi, sejenis penyakit gangguan tidur yang menyebabkan individu boleh tidur secara tiba-tiba tanpa sebab.

Bukan sebab keletihan

Perunding Pakar Neurologi, Pusat Perubatan Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Sng Kim Hock, berkata narkolepsi ialah penyakit gangguan tidur yang boleh berlaku kepada manusia atau haiwan.
Dr Sng berkata, jika individu mudah tidur disebabkan tekanan atau letih bekerja, bukan penghidap narkolepsi.

Individu mengalami narkolepsi, biasanya tidak dapat menahan rasa mengantuk yang datang secara tiba-tiba.

“Ini menyebabkan mereka akan tertidur tanpa mengira situasi dan keadaan atau dalam apa aktiviti seperti berjalan, mengemas rumah, memandu atau duduk dan menulis. Bagi yang sedang berdiri, mereka boleh rebah secara mengejut apabila mata mula terpejam. Selepas tertidur, mereka akan sedar semula seperti biasa,” katanya ketika di temui, baru-baru.

nukilan dari:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penyakittidurtiba-tiba

Tuesday, 19 November 2013

Sesuailah dengan badan korporat



Mencari dan mengekalkan pekerja yang cemerlang adalah satu cabaran. Sebagai majikan, anda mahu memberikan manfaat-manfaat perlindungan pekerja yang paling komprehensif. Anda mahu mereka dan bakal pekerja tahu bahawa kebajikan mereka dititikberatkan ketika bekerja di organisasi anda. Di PruBSN, kami memahami keperluan anda. Dengan PruBSN Employee Benefit, kamim menawarkan anda pelan manfaat pekerja yang eksklusif untuk memenuhi keperluan mereka.
 
*artikel dari risalah PruBSN Employee Benefit

untuk lebih maklumat, sila layari : di sini

Friday, 15 November 2013

Tawaran untuk muslimin dan muslimat


*Fakta-fakta penting:
 
Perbelanjaan Haji yang Tinggi
Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalahRM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut.
(Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya.”
(Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal
60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan.
(WHO, 2009)

*petikan diambil dari risalah PruBSN ummah

untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi: 

Terfikirkah anda?

Pernahkah anda berfikir tentang...
masa hadapan anda ??

Apa akan terjadi kepada anda ?
isteri / suami?
anak-anak anda ? 
kehidupan anda ?

adakah anda rasa anda perlu memirkirkannya...?

adakah anda rasa perlu untuk bertindak....?

Al-hijrah consultancy cuba untuk membantu anda..

psstt: sediakan payung sebelum hujan, ingat tuu...

Wednesday, 13 November 2013

tentang umrah dan haji


Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.



Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".


Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

 http://www.alhudaybiyyah.com/index.php/en/pakej-umrah/pakej-super-ekonomi

Friday, 8 November 2013

Al hijrah values


A

Adding value to the marketplace; built your own brand

L

Learn to offer more than what you paid for. Offer extra services

H

Happy, smile and peace of mind

I

Inspire and encourage people to do their best, strive towards excellent and make breakthroughs in their performances

J

Just do it and believe in yourself

R

Respect other people point of view

A

Always listen carefully to what people say

H

Having meaningful job and career means helping to transform other peoples dream into reality














al hudaybiyyah

AL HUDAYBIYYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD  
merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan mutawwif yang terlatih serta memberikan khidmat secara professional bertaraf kelas pertama untuk merealisasikan impian dan cita-cita para jemaah bagi melaksanakan ibadah Umrah & Haji dengan perancangan yang cukup efisien demi mencapai kemuncak kepuasan yang tiada bandingannya.

AL HUDAYBIYYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
is a company that provides services Mutawwif trained and professionally providing first class to realize the dreams and aspirations of the congregation to perform Umrah & Hajj in planning efficient enough to reach the peak of satisfaction like no other.