Penyakit tidur tiba-tiba
Liza sendiri bingung bagaimana dia boleh terlena selama 15 minit, sedangkan sudah mendapat rehat dan tidur yang cukup.
Malah, ketika sedang berbaris panjang untuk mengeluarkan duit di mesin juruwang automatik (ATM), dia tertidur dan tersedar selepas dikejutkan.
Akhirnya, Liza bertemu pakar neurologi dan didiagnosis menghidap narkolepsi, sejenis penyakit gangguan tidur yang menyebabkan individu boleh tidur secara tiba-tiba tanpa sebab.
Bukan sebab keletihan
Perunding Pakar Neurologi, Pusat Perubatan Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Sng Kim Hock, berkata narkolepsi ialah penyakit gangguan tidur yang boleh berlaku kepada manusia atau haiwan.
Dr Sng berkata, jika individu mudah tidur disebabkan tekanan atau letih bekerja, bukan penghidap narkolepsi.
Individu mengalami narkolepsi, biasanya tidak dapat menahan rasa mengantuk yang datang secara tiba-tiba.
“Ini menyebabkan mereka akan tertidur tanpa mengira situasi dan keadaan atau dalam apa aktiviti seperti berjalan, mengemas rumah, memandu atau duduk dan menulis. Bagi yang sedang berdiri, mereka boleh rebah secara mengejut apabila mata mula terpejam. Selepas tertidur, mereka akan sedar semula seperti biasa,” katanya ketika di temui, baru-baru.
nukilan dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penyakittidurtiba-tiba
No comments:
Post a Comment